MANGSA MERCUN... Tuan Mohd Hafiz, 9 cedera terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong

Mercun_1

ALOR SETAR, 29 Julai -- MANGSA MERCUN... Kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini, lewat petang semalam.รข€¨Dia mengalami cedera di dahi dan badan kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Beliau ditempatkan di wad kanak-kanak dan dilaporkan stabil.
Kejadian tersebut berlaku dipercayai 'sumbu' mercun terjatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun yang dibeli di Bazar Ramadan menyebabkan berlaku satu letupan kuat

Mohd Sohibullah, 27, mungkin buta mata di sebelah kirinya setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, Alor Star

Mercun2

ALOR SETAR, 29 Julai -- Mohd Sohibullah, 27, dipercayai mungkin buta mata di sebelah kirinya, cedera di bahu dan tangan kiri setelah terkena serpihan 40 biji mercun bola yang meletup ketika bermain mercun itu di Kampung Kuala Kangkong, dekat sini, lewat petang semalam.
Turut cedera seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun, Tuan Mohd Hafiz yang mengalami cedera di dahi dan badan.
Mohd Sohibullah kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
Kejadian tersebut berlaku dipercayai 'sumbu' mercun terjatuh ke dalam bekas plastik berisi 40 biji mercun yang dibeli di Bazar Ramadan menyebabkan berlaku satu letupan kuat.

Untitled

13426848481880

Roti canai kari kambing Gohtong Jaya

Halwa Halia Baik Untuk Menajamkan Akal

Halia

Teringat masa form 2 dulu kita hari-hari berebut halwa halia Baharin Ibrahim Habibah Mohd Samin Siti Zauyah Munah Lebai Tahir Mimie Ariffin...
Lepas sekolah baru tau selain dari honey, buah zaiton, halwa halia boleh menajamkan akal :)
Bila teringat halwa halia aku cari kat kedai nak ambik gambar tapi dah tak jumpa. Dulu senang nak dapat.

Lubang misteri terbesar di China

Lubang-misteri-china

BEIJING - Sepasukan polis terpaksa melakukan operasi mencari dan menyelamat lewat malam kelmarin, apabila secara tiba-tiba sebahagian lebuh raya di jalan Xiangjiang, wilayah Hunan, China, roboh lalu membentuk sebuah lubang besar.

 Kejadian itu turut meranapkan sebuah kereta dan meragut seorang pemandu akibat terjerlus ke dasar lubang berkenaan.

 Lubang berkeluasan 30 meter persegi itu terbentuk pada laluan paling sibuk dalam wilayah berkenaan.

 Menurut anggota penyelamat, mangsa yang terperangkap itu, gagal diselamatkan selepas usaha mengenal pasti dasar lubang tersebut menemui jalan buntu.

 Justeru itu, bagi mengelakkan kemalangan berulang, pihak berkuasa tempatan terpaksa menutup jalan berkenaan dan siasatan kemunculan lubang misteri berhampiran sungai Viangjiang itu sedang dilakukan.